December 20, 2007 – Uncle Rahman.

29 08 2008

Aku kenal dengan dis uncle masa aku visit our new outlet di Hangar 06. His name is Rahman, and he want we cal him Uncle Rahman. Umurnya dah melebihi usia bersara, tp umur sebenarnya tk plak aku tau. Ye la, aku pun baru pertama kali berjumpa dia ari tu. Dia ni pembekal kueh di situ. Seronok plak berborak dengan uncle rahman di anjung cafe. Lagi pun mmg dia tk lokek untuk bercerita. Sambil menikmati segelas nescafe ‘o’ petang tu, uncle Rahman rancak menceritakan kisah keluarganya.

Uncle rahman menetap di subang jaya. Mmg jarak antara KLIA dengan rumahnya tu agak jauh perjalanannya. Aku sendiri terasa leceh bila terpaksa ke sana setelah selesaikan urusan di Kelang. Tp yang pastinya ada ketenangan dalam perjalanan ke sana. No traffic jem ma. Sambung mengenai uncle rahman, katanya dengan menjual kueh tu dapat la juga dia menampung 3 orang anak2nya yang masih lagi belajar di universiti. Uncle rahman ucap syukur pada Tuhan sebab anak-anaknya berjaya ke university.

Uncle rahman ni bekas kakitangan MAS. Kini dia memiliki tiga kepompong yang tengah tunggu masa untuk mewarnai kehidupan sebenar. Mmg susah bila memiliki keluarga. Tanggungjawabnya besar sangat. Seseorang lelaki itu dianggap berjaya bukanlah diukur dari kejayaan dia memberi kemewahan pada keluarganya, tapi kejayaan itu sebenarnya terletak bagaimana dia memimpin ahli keluarganya. Dan aku paham maksudnya, dn tk heran la kalau lelaki yang bercerita di depan aku ni berkata begitu sebab sudah terbukti bila dirujuk mengenai anak2nya. Uncle rahman sempat lagi beri petua yang diamalkan dalam mendidik anak2nya. Sambil merujuk jari telunjuknya, dia pun berkata, “If i here, i want u be above me. If u below me, u are failure.” Hehe. tegas gak uncle rahman ni. Dan kerana ketegasannya tu anak2nya berada di puncak sekarang.

So, dah masanya untuk aku beredar dari situ. Sayang plak nk tinggalkan uncle rahman dengan cerita2nya. Nak buat macam mana, aku kene ke Bangi pula. Uncle rahman sempat bertanya status aku. Aku just jawab padanya yang aku blum berkahwin. Sambil mencebeh muka katanya, kahwin ni 5% je sedapnya. Dalam hati aku, eh kenapa plak dia kata cam tu sbb semua kata kawen tu sronok. Aku pun bertanya lagi 95% tk seronok ke?. Jawab uncle Rahman,”Yang lagi 95% tu lagiiiiiiiiii sedapppppppp”.. hehe.. ketawa orang2 kat situ. Terkene plak aku. Hehe. Katanya dia mmg dh tunggu aku tanya soalan tu.





December 13, 2007 – HUJAN

29 08 2008

Ni adik aku punye kerja. Sblum ni aku sorang je yg pandai guna LimeWire. Kali ni dalam dia dia yg pakai. Tgk2 dlm drv aku penuh ngn lagu. But, satu lagu ni mmg hepi je bila dengar. From HUJAN (pelik betul nama band ni).. lagunya Pagi Yang Gelap…

Lebih tua dari ku harap sabar menunggu
Kepulangan mu ku tunggu
Bukan maksud ku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikat nya rindu yg mendalam

Jalan inikan membantu
Hari esok siapa yg tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Pagi yg gelap kini sudah terang
Aku adik mu
Dan engkau abang
Aku amat merindui kan mu
Pagi yg gelap kini sudah terang
Aku adik mu
Dan engkau abang
Ingin ku ulang ke masa dulu

Tak akan putus
Hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa apa

Jalan inikan membantu
Hari esok siapa yg tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Pagi yg gelap kini sudah terang
Aku adik mu
Dan engkau abang
Ku amat merindui kan mu
Pagi yg gelap kini sudah terang
Aku adik mu
Dan engkau abang
Ingin ku ulang ke masa dulu

Cachy! Terigt plak iklan DiGi, ” Aku kan abg”





December 12, 2007 – TOYO

29 08 2008

isnin 10/12/2007

Ada masalah kewangan time ni. Tak tau dengan siapa nk pinjam. Kawan cadangkan pinjam dengan seseorang ni. Tapi sepanjang berkenalan dengan dia, dia ni jenis kedekut sket. Tp orang kata belum cuba, kita tk tau.

Dari Bangi aku terus menuju ke Ampang. Time tu dah pukul 4.50pm. Setelah puas mencari akhirnya aku ambil keputusan utk call kawan aku yg kedekut ni”. Aku ceritakan masalah aku. Dan tak sangka plak dia boleh tolong aku. Tp katanya aku kene datang kt tempat dia. Dia ada kt sana sehingga pukul 5.30 pm sahaja. Tgk jam dah pukul 5.10 pm. Ampang ke Kapar bukan dekat beb. Nak tk nak aku kene redah gak. Dah la ujam time tu, kereta plak tk de air cond. Minyak keta tinggal separuh. Dah tk da masa nk isi minyak time tu. Nak tk nak aku kene gak ke sana.

Dari MRR2 aku buat u-turn menuju ke highway KESAS. Yang pastinya aku kene cari highway utk ke sana. Dalam kepala dh pikir Higway mana yang perlu aku lalu sebab aku kene drv laju. 20 minit mmg tak cukup utk ke Kapar kalau tk drv laju. Dengan Bismillah aku pun memecut dlm keadaan jalan yang basah dengan harapan semuanya selamat. 120km/j paling slow aku bawa time tu. Sori kepada sesapa yg tk berkenan ngn pemanduan aku. Aku terpaksa.

Dari KESAS masuk higway PLUS. Dari situ masuk pula area Shah Alam. Kemudian masuk simpang ke Klang. Then tembus kt Highway Empat Puluh Sen. Kemudia sampai la kat tempat tersebut. Sampai lebih kurang dalam pukul 5.40 ptg. Huhu. Biar pun terlewat, kawan kedekut tu still dapt tunggu aku.

Sebenarnya bukan aku nk cite pasal perjalanan dr ampang ke kapar. Aku nk cite pasal TOYO Trampio. Dh lama aku pakai kt keta. Bunga nye pun dah tk tebal mana pun. Masa mula beli dulu mmg grip tayar ni. Tak sangka plak dengan bunga tk setebal mana tu pun stil masih melekat atas jalan yang basah. Ingat dh nak ganti baru hari tu. Tapi bila apa yang dah lalui ari tu, keputusan nk ganti baru ditarik balik. Save duit.





Kalam Awal

29 08 2008

Assalammualaikum…

Aku mulakan dengan Bismillah ir Rahman ir Rahim sebagai permulaan kepada catatan blog aku yang baru. Ada bermacam-macam perkara yang aku ingin catatkan dalam blog aku kali ni. Kepada pengunjung, aku ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca catatan aku yang tak seberapa ni.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.